Resepi Mee Kari sedap


Resepi Mee Kari ni memang sedap,sebab sya gunakan air rebusan udang.Kulit udang,sy blend  Dan tapis ambil airnya je. Memang penyediaan mee kari ni agak rumit sebab bahannya memang banyak,blend Itu ini, celur Segala tapi memang berbaloi,hasilnya memang sedap.Selalu orang hidangkan mee kari pada hari-hari istimewa, jadi walaupun agak rumit tapi berbaloi. 

Jom layan mee kari

Bahan-Bahan:

1 kg mee kuning

500 gram ayam, rebus Dan Carik isi ayam

3 cawan air rebusan dari kulit udang

10 biji fish ball

2 keping fish cake

4 sudu besar rempah kari ayam, bancuh menjadi pes pekat

2 keping asam gelugor

4-5 biji kentang atau 2 biji  ubi keledek rebus dan blend

2 cawan santan pekat

3 cawan santan cair

Bahan untuk rempah tumis:

1 batang kayu manis

2 kuntum bunga lawang

3 kuntum cengkih

4 biji buah pelaga

3 tangkai daun kari


Bahan untuk kisar halus:

6 biji bawang merah

4 ulas bawang putih

1 inci halia

1 inci lengkuas

1 batang serai, hiris nipis

 10 tangkai cili kering, rebus dan toskan air

2 sudu besar udang kering, rendam sehingga lembut.

2 ketuk pati ayam

Bahan untuk hiasan:

4 biji telur rebus, belah dua

sawi, potong dan celur

bawang goreng

limau kasturi, belah dua

taugeh dicelur

daun bawang

cili merah

tauhu kering goreng


Cara-cara

Panaskan air sehingga mendidih dan celur mee kuning seketika. Angkat dan toskan.

Rebus ayam hingga masak, Carik.Air rebusan ayam simpan.

Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes rempah kari. Kacau sehingga agak garing.

Kemudian tuang air rebusan udang dan santan cair.Masukan kiub pati ayam.Masak sehingga mendidih.

Masukkan pula fish cake, fish ball, tauhu goreng,asam keping dan kentang atau keledek yang sudah di blend.Masukan santan pekat. Kacau Selalu semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.

Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Sekiranya kuah terlalu pekat Masukkan air rebusan ayam.

Hidangkankan mee bersama bahan hiasan dan tuang kuah.Siap.

Sedia untuk dinikmati...Alhamdulillah.

Selamat mencuba.


##Nantikan Resepi Mee kari seafood marvellous😋



Tips:

1.Apabila kuah sudah siap, keluar asam keping untuk mengelakkan kuah terlebih masam.

2.Jika menggunakan santan kotak ,1 kotak tu campurkan 2 cawan air untuk kuah. 


Comments