Ayam Sambal Pedas

 Resepi ini saya olah sendiri apa Adanya Bahan di dapur saya.Biasanya saya akan masak sambal terlebih dahulu Dan simpan dalam peti ais.Begitu juga bumbu untuk sup.Boleh digunakan untuk tumis sayur atau masak lauk lain.Macam pes segera.Multifungsi,Mudah dan cepat.

Bahan-bahan untuk ayam masak sambal

1/2 ekor Ayam,potong ikut suka.Nak isi sahaja atau dengan tulang sekali.Ikut suka hati.Perap dengan serbuk kunyit,ketumbar,jintan Manis Dan jintan putih.Nak letak garam dan perasa boleh Tak nak letak pun Tak pa.

1biji telur.Masukkan dalam perapan ayam supaya ayam elok bersalut tepung.

Goreng Dan ketepikan.

Bahan untuk sos pedas..

#1 Genggam cili kering kerinting.Kurangkan Jika Tak nak pedas dan  campur dengan cili kering yg Tak pedas tu.

#1inc halia

#1inc lengkuas

#3ulas Bawang putih

#4biji bawang merah

#1biji bawang besar.

#1batang serai.

#bland sampai halus.

Kicap Manis,sos tiram,asam jawa,gula garam,daun ketumbar dan sedikit bijan putih.

----Tumis Bahan bland sampai Naik minyak,Masukkan gula,garam dan  air asam jawa,sos tiram dan kicap Manis.Sesuaikan rasa,pastu Masukkan ayam yang di goreng tadi.Biar sambal kering sedikit dan bersalut dengan ayam.Tabur daun ketumbar dan bijan.

Daa siap.

Jangan lupa mencuba.pasti puasa hati.😋



Masak lebih Mudah dan cepat dengan adanya sambal segera dengan pes multifungsi ni ...

Comments