Popia carbonara

 Popia Carbonara Versi saya,untuk makan sendiri.Sedap,Puas hati makan.



️Bahan inti:

2 biji bawang putih

3 biji bawang merah

1 paket isi ketam

1 tin cendawan

1 biji bawang holland

1 cawan ayam

1 cawan sosej dipotong dadu jika suka

1/2 lobak merah

6 pcs cheese slice

1 botol sos Prego

 carbonara atau 2 tin sos Prego (yang ini lebih sedap berbanding dalam botol)

Garam

Gula

Perasa

Serbuk Lada hitam

1 sudu besar minyak masak

Kulit popia


️Cara:

1.Semua bahan dipotong dadu.

2.Tumis bawang putih,bawang holland bawang merah bersama minyak masak sampai wangi Dan kekuningan.

3. Masukkan isi ayam,sosej,  isi ketam, cendawan, dan lobak merah.Masukkan sos prego dan Lada Hitam,letakkan cheese slice.

4. Perasakan dengan garam, gula, dan perasa. Masak hingga pekat. Sejukkan dalam peti ais, kemudian baru boleh menggulung.

5. Ambil sehelai kulit popia, letakkan inti tapi jangan letak banyak sangat supaya kulit popia akan menjadi cantik.

6. Kemudian gulungkan. Gam menggunakan bancuhan tepung gandum dan sedikit air di hujung popia.

7. Goreng dalam minyak panas pada api perlahan. Popia akan cantik apabila digoreng.


 It donee🤤...

Comments