Sotong Bakar Marvellous

 *Resepi Sotong Bakar Dengan Sos Sedap*💖💖


Bahan Sos :

Cili kering,

Sebiji bawang besar,

Seulas bawang putih,

Sedikit halia

Sebatang serai

Sedikit lengkuas

Gula ,

Garam,

Serbuk perasa,

Limau.


Cara – cara :

Mula-mula bersihkan sotong,kelar sikit tapi jangan sampai putus.Kemudian dibakar terlebih dahulu.

Kemudian blend halus bahan untuk buat sos dan tumis  dengan sedikit minyak sampai pecah minyak. Sos bakar mestilah ada rasa manis, masin Dan masam.

Kalau nak pedas tambah sedikit cili padi.

Semasa menulis pastikan sentiasa di kacau,sampai pekat,jangan hangit.


Sudah pekat, tuang ke atas sotong yang sudah di bakar tadi.

Siap.Senang.Mudah Dan Sedap.


Selamat mencuba...

Comments