Sotong Stim Ala Thai

 Ini RESEPI sotong stim limau ala thai by me,Selamat mencuba.



    Buat begini h


    ari-hari pun Tak apa....Tak jemu makan.Ada rasa pedas, masam,masin dan manis.


    Sos sotong ni  boleh juga guna untuk ikan,seperti ikan siakap stim limau ke atau apa-apa jenis ikan yang disukai.


    Siapa suka boleh tengok Dan Cuba  resepi dekat  bawah ni.


    Sotong stim limau ala thai.


    1kg Sotong .bersihkan Dan potong.

    7-8 ulas bawang putih,Cincang halus,nak letak lebih pun boleh.

     10biji cili padi,kurangkan kalau Tak nak pedas.Lebihkan kalau nak lagi pedas.

    3-4 biji limau nipis,potong ambil jusnya.

    Daum ketumbar,potong-potong 

    1 Kiub pati ayam 

    3 sudu besar Kicap sotong  

    2 sudu besar gula

    1 batang Serai,hiris nipis-nipis


    Cara-caranya


    Kukus sotong 7minit atau sehingga masak dan angkat.Kukus jangan letak air ya sebab sotong akan berair sewaktu dikukus.

    Air sotong tu buang aje..


    Lepas tu buat sos. 

    Panaskan 1 cawan air, masukkan kiub pati ayam, gula, lepas tu tutup api, tunggu suam,selepas tu bolehlah masukkan cili, bawang,  serai,jus limau dan daun ketumbar,kalau tidak cukup masam tambah lagi jus limau nipis, kalau tidak cukup masim, tambah kicap sotong, kalau tidak cukup manis tambah gula. Bila dah cukup rasa, bolehlah tuangkan sos atas sotong tadi. SIAP sedia untuk dinikmati bersama nasi. 


    Senang dan sedap.

    Selamat mencuba.

    Comments