Coklat Bar Bountry

 Cara Buat Bar Bountry 


Bahan-Bahan:


+ 400g coklat - Boleh guna coklat cadbury atau jenama lain.

+ Kelapa kering/parut

+ susu pekat manis



Cara Membuat:



1. Cairkan coklat dengan kaedah double boiled.


2. Gaulkan kelapa dengan susu dan gumpalkan. Agak-agak sahaja berapa banyak kelapa dan susu supaya gumpalan tak terlalu basah atau terlalu kering.


3. Simpan sekejap bar kelapa dalam peti sejuk, lebih kurang 20 minit.


4. Keluarkan bar dan celupkan ke dalam coklat cair,kemudian  bekukan sekali lagi selama 15 minit.

Dah siap.


~ Selamat Mencuba ~

Comments