Ketam Pedas Berapi.

 Salam,....

 Anak2 umi semua Suka makan ketam masak cili...tak perlu nak beli kat kedai yg dah siap masak, takpuas makan. Meh Umi ajar masak ketam pedas.Resepi simple yang sumpah sedap giler...

Resepi ketam bercili


Bahan Bahan.

1 kg ketam cuci bersih 

 Rebus dengan sikit air dan tambah 1 keping asam keping dan sedikit garam.Tutup periuk tu.Apabila ketam bertukar merah tutup api.

Ketam kena rebus kejap supaya ketam masak elok.Rasa manis ketam Tak hilang sebab air rebusan tu kita guna balik nanti.Tulaa pasal air yang Kita guna untuk merebus sedikit sahaja.


Okay,sediakan bahan2 sos

bahan A

1 labu bawang besar bombay

1 inci halia

3-4 ulas bawang putih

cili padi ikut kepedasan korg nak

semua ni di cincang halus

3-4 sb cili kering blend


bahan B

sos 3 sekawan

8-9 sb sos cili

5 sb sos tomato

3 sb sos tiram


bahan C

tomato sebiji cincang

bawang holand hiris

cili padi potong-potong.


cara2

tumis kan bahan A sampai naik bau dan wangi

masuk kan bahan B dan air rebusan ketam .

tambah 2sudu gula bagi manis2 siket

Sedikit garam dan perasa ya..

masuk kan bahan C api besar ye

tambah ketam dan gaul rata

 agak2  da nak masak boleh perah kan lemon atau limau nipis..biar ada rasa masam,Pedas,Manis gitu..

Dah siap.

Tutup api,angkat dan hidang...

Sumpah sedap giler😂..makan pasti bertambah tambah....dayot ke laut...

Okey...Selamat mencuba.


Comments