Posts

Showing posts from September, 2021

Ayam Ketumbar

Image
 Menu Ayam ketumbar ni antara menu pebret dan tak pernah jemu. Boleh juga makan dengan capati. Bahan- Bahan 20 tangkai cili kering   1 labu bawang besar 1 sudu besar rempah kari daging Halia muda sebesar tapak  yang betul² muda 1 ekor ayam 3 biji ubi kentang 1 ikat daun ketumbar Cara membuatnya Blend cili kering + serbuk kari dan tumis sampai garing Masukan bawang dan halia yg di blend..masak lg spai pecah minyak Masukan ayam.Kacau sekejap kemudian masukan air agak² je.Tidak pekat dan tidak cair,sedang².Kemudian masukan kentang,Masukkan gula garam Dan perasa. Bila kentang dah empuk masukan hirisan daun ketumbar. Siap! Matikan Api.Sedia untuk di hidangkan. Pahala untuk yang empunya resepi.

Coklat Bar Bountry

Image
 Cara Buat Bar Bountry  Bahan-Bahan: + 400g coklat - Boleh guna coklat cadbury atau jenama lain. + Kelapa kering/parut + susu pekat manis Cara Membuat: 1. Cairkan coklat dengan kaedah double boiled. 2. Gaulkan kelapa dengan susu dan gumpalkan. Agak-agak sahaja berapa banyak kelapa dan susu supaya gumpalan tak terlalu basah atau terlalu kering. 3. Simpan sekejap bar kelapa dalam peti sejuk, lebih kurang 20 minit. 4. Keluarkan bar dan celupkan ke dalam coklat cair,kemudian  bekukan sekali lagi selama 15 minit. Dah siap. ~ Selamat Mencuba ~

Rahsia Sedap Mee Goreng Basah

Image
 RAHSIA SEDAP MEE GORENG BASAH.   Simpan ilmu ni baik-baik Tips nak mee goreng sedap  1. Jangan kedekut bahan.Guna sos mencukupi, 2.Kalau nak ada kelainan,Guna air rebusan daging dan hirisan daging. Air rebusan kulit Dan kepala udang.Memang sedap. 3. Bawang putih kena banyak,tumbuk kasar kasar 4. Masukkan sedikit cuka makan bila goreng mee untuk membangkitkan rasa Ni resepi   korang boleh try test cuba Mee Goreng Basah.. Bahan-bahan : 1 peket mee kuning minyak untuk menumis 8 ulas bawang putih 1/2 biji bawang holland 2 sudu makan cili kisar . Lauk  ikut citarasa Isi ayam potong kecil kecil udang  daging telur sawi tomato Sos dan Perasa : 5 sudu makan sos cili 1sudu makan sos tomato 2sudu makan sos tiram 1sudu makan kicap manis 2sudu makan kicap pekat 1sudu makan sos ikan 1/2 sudu teh garam halus 1 sudu makan gula atau secukup rasa 1/2sudu teh ajinomoto jika suka 1/2 cawan air Cara penyediaan : 1.Panaskan minyak masak,Tumis bawang putih 2. Masukkan bawang holland,cili kering kisar 3. Ma

Daging Goreng Kunyit Sedap

Image
 Resepi daging goreng Kunyit  Bahan Bahannya   1/2 kg daging  #potong ikut cara masing masing,jangan tebal jangan nipis sangat....kemudian gaulkan dengan garam Dan serbuk kunyit. Panaskan minyak Dan  goreng daging sampai masak.  Ketepikan. 1 labu bawang besar * 3 ulas bawang putih * 1 barang serai*  1 inci halia *  2 sudu pec cili  2sudu sos cili  2 sudu sos tiram  3sudu kicap manis  1 biji cili merah Dan hijau, belah 4 1 labu bawang hollan belah Dua dn potong-potong.  5-6 kacang bungis ,hiris #Bland Bahan yang bertanda *.  Tumis Bahan bland guna kuali Dan minyak goreng daging sampai pecah minyak. Masukkan pec cili,sos cili,sos tiram Dan kicap manis.Kacau jangan sampai hangit.Kemudian Masukkan kacang buncis, cili merah Dan cili hijau.Kalau nak lagi Pedas Masukkan cili padi.Masukkan daging yang Dah digoreng tadi dengan bawang hollan.Gaul sekata.Bila sayur sudah layu,matikan api.  Dah siap.sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Tongkeng Ayam pedas

Image
 Bahan Bahan  1kg tongkeng Ayam  #Bersihkan, buang kantung minyak. #Letak garam Dan serbuk kunyit. Sediakan kuali,,panaskan 1sudu minyak masak. Masukkan tongkeng Ayam.Goreng sampai keluar semua minyak tongkeng.Dah garing ketepikan. 6 biji bawang merah kecil  4 ulas bawang putih 10biji cili padi, 2 biji cili merah Dan hijau  Tumbuk kasar atau senang blendr kasar jaĆ .. Tumis Bahan yg di bland sampai wangi,Masukkan gula garam Dan perasa,masukkan bawang besar Dan tongkeng Ayam ..gaul Rata da siap.. Simple Jew tapi sedap...Cuba la.

Ketam Pedas Berapi.

Image
 Salam,....  Anak2 umi semua Suka makan ketam masak cili...tak perlu nak beli kat kedai yg dah siap masak, takpuas makan. Meh Umi ajar masak ketam pedas.Resepi simple yang sumpah sedap giler... Resepi ketam bercili Bahan Bahan. 1 kg ketam cuci bersih   Rebus dengan sikit air dan tambah 1 keping asam keping dan sedikit garam.Tutup periuk tu.Apabila ketam bertukar merah tutup api. Ketam kena rebus kejap supaya ketam masak elok.Rasa manis ketam Tak hilang sebab air rebusan tu kita guna balik nanti.Tulaa pasal air yang Kita guna untuk merebus sedikit sahaja. Okay,sediakan bahan2 sos bahan A 1 labu bawang besar bombay 1 inci halia 3-4 ulas bawang putih cili padi ikut kepedasan korg nak semua ni di cincang halus 3-4 sb cili kering blend bahan B sos 3 sekawan 8-9 sb sos cili 5 sb sos tomato 3 sb sos tiram bahan C tomato sebiji cincang bawang holand hiris cili padi potong-potong. cara2 tumis kan bahan A sampai naik bau dan wangi masuk kan bahan B dan air rebusan ketam . tambah 2sudu gula bagi