Posts

AYAM MASAK MERAH

Image
 Ayam masak merah cara kenduri kahwin.. Ayam seekor, gaul garam kunyit n goreng dulu jgn garing sgt Bahan blend Cili kering 2 genggam, akk cmpur dgn cili kering tk pedas (rebus dulu ) Bwg besar 1 stgh bij Bwg putih 6-7 ulas Halia stgh ibu jari Belacan stgh ibu jari Buah tomato size besar 2 biji Bahan tumis Tiga sekawan Bwg besar sebiji hiris2 Serai 1-2 btg titik kan Daun pandan 4-5 helai kerat atau simpul (wajib ada) Cara memasak Cedok minyak dr goreng ayam td dlm 3 senduk Tumiskan dulu bahan tumis hingga semua layu , kemudian tuangkan bahan blend Tumis hingga bahan2 menggaring dan pecah minyak.. Agak2 nmpak kurang miyak, tambahkan lagi sikit2.. Lepas dh garing, tambahkan gula, garam dan perasa Kemudian tuangkan sesenduk susu cair Biarkan pecah minyak lagi sekali, tambah air kalau terlalu pekat Dh cukup rasa dn sebati, last masukkan ayam goreng gaul sekata Taburkan hirisan bwg besar Kecilkan api, tutup sekejap kuali biarkan ayam mereneh dgn sambal.. Siap tuk dihidangkan.. Silakan mencu

Sambal Satdin special

Image
 Sambal sardin cili padi + kentang+ petai . Bahan: 1 tin sardin(asingkn kuah dan goreng sardinnya) *3 biji cili masak/cili besar *12 biji cili padi *1 biji bwng besar *3 ulas bwng putih *sedikit belacan 1 biji kentang-hiris n goreng 1 biji tomato-hiris nipis Petai/jering 1 biji bwng besar-hiris bulat Garam dan perasa . Cara: Mesin kasar bhn bertanda * Tumis bhn mesin..masukkan tomato hiris Masukkan sos sardin dan masak hingga sambal agak garing Masukkan garam n perasa Akhir sekali masukkan sardin,kentang,petai n bawang hiris..gaul rata..siap... Sedia untuk dihidangkan.selamat mencuba... .

AYAM GORENG HALIA

Image
 Resepi Ayam goreng halia  Bahan-bahan:- -Ayam potong kecil -kecil, lumur dengan kunyit, garam dan goreng. -bawang besar dihiris. -bawang putih dihiris. -cili kering potong2. -halia hiris2. Lagi banyak lagi sedap. -kacang panjang -lobak merah -kicap manis abc. -sos tiram. -serbuk perasa maggi. . Gunakan minyak lebihan goreng ayam tadi dan gorengkan bawang besar bawang putih cili kering dan juga halia. Masukkan ayam yg dah digoreng. Kacau. Masukkan kicap abc dan sos tiram. Kacau sebati. Masukkan kacang panjang dan lobak merah. Akhir  sekali masukkan serbuk perasa maggi. Kacau kejap dan tutup api. .dahh siapp... Selamat mencuba..

Ayam Ketumbar

Image
 Menu Ayam ketumbar ni antara menu pebret dan tak pernah jemu. Boleh juga makan dengan capati. Bahan- Bahan 20 tangkai cili kering   1 labu bawang besar 1 sudu besar rempah kari daging Halia muda sebesar tapak  yang betul² muda 1 ekor ayam 3 biji ubi kentang 1 ikat daun ketumbar Cara membuatnya Blend cili kering + serbuk kari dan tumis sampai garing Masukan bawang dan halia yg di blend..masak lg spai pecah minyak Masukan ayam.Kacau sekejap kemudian masukan air agak² je.Tidak pekat dan tidak cair,sedang².Kemudian masukan kentang,Masukkan gula garam Dan perasa. Bila kentang dah empuk masukan hirisan daun ketumbar. Siap! Matikan Api.Sedia untuk di hidangkan. Pahala untuk yang empunya resepi.

Coklat Bar Bountry

Image
 Cara Buat Bar Bountry  Bahan-Bahan: + 400g coklat - Boleh guna coklat cadbury atau jenama lain. + Kelapa kering/parut + susu pekat manis Cara Membuat: 1. Cairkan coklat dengan kaedah double boiled. 2. Gaulkan kelapa dengan susu dan gumpalkan. Agak-agak sahaja berapa banyak kelapa dan susu supaya gumpalan tak terlalu basah atau terlalu kering. 3. Simpan sekejap bar kelapa dalam peti sejuk, lebih kurang 20 minit. 4. Keluarkan bar dan celupkan ke dalam coklat cair,kemudian  bekukan sekali lagi selama 15 minit. Dah siap. ~ Selamat Mencuba ~

Rahsia Sedap Mee Goreng Basah

Image
 RAHSIA SEDAP MEE GORENG BASAH.   Simpan ilmu ni baik-baik Tips nak mee goreng sedap  1. Jangan kedekut bahan.Guna sos mencukupi, 2.Kalau nak ada kelainan,Guna air rebusan daging dan hirisan daging. Air rebusan kulit Dan kepala udang.Memang sedap. 3. Bawang putih kena banyak,tumbuk kasar kasar 4. Masukkan sedikit cuka makan bila goreng mee untuk membangkitkan rasa Ni resepi   korang boleh try test cuba Mee Goreng Basah.. Bahan-bahan : 1 peket mee kuning minyak untuk menumis 8 ulas bawang putih 1/2 biji bawang holland 2 sudu makan cili kisar . Lauk  ikut citarasa Isi ayam potong kecil kecil udang  daging telur sawi tomato Sos dan Perasa : 5 sudu makan sos cili 1sudu makan sos tomato 2sudu makan sos tiram 1sudu makan kicap manis 2sudu makan kicap pekat 1sudu makan sos ikan 1/2 sudu teh garam halus 1 sudu makan gula atau secukup rasa 1/2sudu teh ajinomoto jika suka 1/2 cawan air Cara penyediaan : 1.Panaskan minyak masak,Tumis bawang putih 2. Masukkan bawang holland,cili kering kisar 3. Ma

Daging Goreng Kunyit Sedap

Image
 Resepi daging goreng Kunyit  Bahan Bahannya   1/2 kg daging  #potong ikut cara masing masing,jangan tebal jangan nipis sangat....kemudian gaulkan dengan garam Dan serbuk kunyit. Panaskan minyak Dan  goreng daging sampai masak.  Ketepikan. 1 labu bawang besar * 3 ulas bawang putih * 1 barang serai*  1 inci halia *  2 sudu pec cili  2sudu sos cili  2 sudu sos tiram  3sudu kicap manis  1 biji cili merah Dan hijau, belah 4 1 labu bawang hollan belah Dua dn potong-potong.  5-6 kacang bungis ,hiris #Bland Bahan yang bertanda *.  Tumis Bahan bland guna kuali Dan minyak goreng daging sampai pecah minyak. Masukkan pec cili,sos cili,sos tiram Dan kicap manis.Kacau jangan sampai hangit.Kemudian Masukkan kacang buncis, cili merah Dan cili hijau.Kalau nak lagi Pedas Masukkan cili padi.Masukkan daging yang Dah digoreng tadi dengan bawang hollan.Gaul sekata.Bila sayur sudah layu,matikan api.  Dah siap.sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.