Posts

Showing posts from May, 2021

Popia carbonara

Image
 Popia Carbonara Versi saya,untuk makan sendiri.Sedap,Puas hati makan. ️Bahan inti: 2 biji bawang putih 3 biji bawang merah 1 paket isi ketam 1 tin cendawan 1 biji bawang holland 1 cawan ayam 1 cawan sosej dipotong dadu jika suka 1/2 lobak merah 6 pcs cheese slice 1 botol sos Prego  carbonara atau 2 tin sos Prego (yang ini lebih sedap berbanding dalam botol) Garam Gula Perasa Serbuk Lada hitam 1 sudu besar minyak masak Kulit popia ️Cara: 1.Semua bahan dipotong dadu. 2.Tumis bawang putih,bawang holland bawang merah bersama minyak masak sampai wangi Dan kekuningan. 3. Masukkan isi ayam,sosej,  isi ketam, cendawan, dan lobak merah.Masukkan sos prego dan Lada Hitam,letakkan cheese slice. 4. Perasakan dengan garam, gula, dan perasa. Masak hingga pekat. Sejukkan dalam peti ais, kemudian baru boleh menggulung. 5. Ambil sehelai kulit popia, letakkan inti tapi jangan letak banyak sangat supaya kulit popia akan menjadi cantik. 6. Kemudian gulungkan. Gam menggunakan bancuhan tepung gandum dan sed

Serunding Ayam Sedap

Image
 Hari ini datang rajin,jadi saya terai masak serunding Ayam pula.Walau prosesnya lama tapi berbaloi.. Bahan untuk serunding  2kg Ayam Rebus,tambah sedikit garam.Toskan.Dah sejuk asingkan tulang,kulit dan isi ayam. Isi ayam tu tumbuk- tumbuk manja dan carik. Bahan Kisar. 12-15 biji Cili kering.Kalau nak pedas tambah cili keriting tu. 5-6 ulas bawang putih. 7-10 biji bawang merah, 1biji bawang besar. 2 inci halia. 2 inci lengkuas. 2 inci kunyit. 4 batang serai. #potong potong dan Kisar halus. 1 biji kelapa parut. #Perah gitu ja,jangan tamba air.Ambil santan pekat sahaja. Air Asam jawa Bahan Kisar ni saya buat Awal awal lagi jadi prosesnya Mudah. Okey Cara memasak. Tumis bahan Kisar sampai pecah minyak.Masukkan Air asam jawa gula dan garam secukup rasa.Masukkan santan pekat kemudian Masukkan isi Ayam yang sudah dicarik halus.Masak sehingga isi ayam ringan dan  kering.Saya masak hampir 2jam bagi betul -betul kering. Supaya tidak Mudah rosak.Pastikan Sentiasa digaul supaya Tak hangit.Dah ke

Ayam Goreng Serai Thai

Image
Tak boleh NaK berenti makan😊Yang penting makan bersama  sayur kailan belacan Dan telur Mata lembu ianya sudah mencukupi untuk menikmati KESEDAPANNYA😊 500 gram isi ayam dipotong kecil(dicuci bersih) 2 batang serai(dipotong 2 cm Dan ditumbuk hancur mengunakan lesung batu ) 2 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos ikan 1 sudu kecil gula 2 sudu besar tepung jagung 5 helai daun limau purut dihiris Bahan ditumbuk@dikisar halus Tanpa air 2 pokok akar ketumbar 2 sudu besar lada hitam 5 ulas bawang putih CARA PENYEDIAAN &MEMASAK 1)sediakan mangkuk atau bekas ,masukkan ayam Dan kesemua bahan(KECUALI DAUN LIMAU PURUT),Serta bahan Yang dikisar halus.gaul sebati Dan perapkan paling kurang selama 30 minit  2)panaskan minyak,agak2 boleh tenggelam Kan ayam apabila digoreng nanti. 3)masukkan ayam Dalam kuali panas Dan goreng sehingga keperangan  4)apabila ayam Sudah masak,angkat Dan masukkan kedalam bekas Serta taburkan daun limau purut Yang telah dihiris tadi.ratakan ayam bersama daun limau purut

Tauhu Bergedil Sedap

Image
 Resepi Tauhu Bergedil sedap bahan bahannya: Tauhu kering secukupnya  1 pek isi ayam kisar/daging Ubi kentang (rebus dan lecek) - bergantung kepada bnyk mana tauhu kita  1 biji bwg holland - dadu Daun sup/daun bwg - dicincang  Garam dan perasa secukupnya  Lada sulah  Lada hitam  Minyak utk memumis  Telur secukupnya  Panaskan minyak tumiskan bwg hingga layu  Masukkn isi ayam Bila ayam da masak masukkn garam dan daun sup/daun bwg Masukkn lada hitam dan lada sulah Da siap bole angkat Kentang yg da dilenyek td campurkan dgn ayam yg ditumis td Gaul serata klu tawar letak sedikit garam  Ambil tahu dan potong bahagian atasnya Bentukkn bulat2 inti pergedil td dn masukkn ke dlm tauhu  Ambil telur dan pukulkan dgn sedikit garam  Celupkan tauhu ke dlm telur dan goreng  Da garing angkat  Cili kicap- Cili padi hijau - bergantung kpd kepedasan yg kita nak 4 biji bwg merah  3 ulas bwg putih Garam dan gula  Kicap secukupnya  Sedikit minyak  Gorengkan cili padi dan bwg dgn sedikit minyak  Da layu angka

Ayam Goreng Sos Tiram Marvellous

Image
Ayam goreng sos tiram Versi madam Rose sangat ringkas tapi rasanya sedap.Marvellous. Bahan-bahan. 1/2 ekor Ayam. 5sudu makan sos tiram. 3sudu madu. 1bii bawang besar. 3ulas bawang putih. 1 sudu makan habbatusauda,nak Tukar dengan bijan pun boleh. Cara-caranya: Potong ayam dan perap dengan kunyit.Pastu goreng.Ketepikan. Panaskan minyak,tumis bawang putih sampai keemasan.pastu Masukkan sos tiram,madu Dan ayam.Gaul sebati sehingga ayam bésalut sos. Kemudian Masukkan bawang besar dan habbatusauda.Dah siap. Garam Tak perlu sebab sos tiram da cukup masin. Saya pakai sos tiram maggi. Jangan Tak Cuba Resepi ni.Ringkas tapi sedap.Cubalaa...

Terung berlada Ikan Bilis

Image
  Resepi terung goreng  berlada ikan Bilis. 10biji terung potong ikut suka pas tu goreng 150gm ikan bilis goreng garing Bahan kisar 10biji cili besar campur merah hijau 15biji padi kalau Tak suka pedas boleh kurangkan. Sedikit halia 2biji bawang merah  3ulas bawang putih Sedikit air asam jawa Cara membuat Panas minyak masuk,tumis bahan kisar kacau hingga naik minyak dan garing. Masuk garam gula dan serbuk perasa perahan asam jawa sesuai dengan citarasa masing2. Klu nk kuah masuk air sedikit.Masuk terung dan ikan bilis kacau rata tutup api. Tadaa dah siap blh makan dengan nasi panas2 ikan goreng dan apa2 yg anda suka. Slmt mencuba! kredit: azizah daud

Solok Lada Yang Sedap

Image
 Solok Lada Yang Sangat Sedap.Boleh juga guna sayur lain seperti peria. Bahan bahan: 1 kg cili hijau solok 1 kg ikan ½ kg kelapa putih muda 5 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 1 sudu kecil lada hitam - tumbuk Gula Garam ½ cawan santan segar pekat Cara cara: Lada solok dibelah dan dicungkil keluar biji lada. Ketepikan. Ikan diambil isi dan dikisar hancur. Bawang merah, bawang putih dan lada hitam dikisar halus. Satukan semua bahan kisar di atas dengan kelapa parut. Gaul rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan bahan inti ikan ke dalam cili dan susun di dalam periuk. Buat sehingga habis. Renjis renjiskan santan atas solok yang telah siap disumbat isi ikan. Kukus selama 15-20 minit atau sehingga masak. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Credit : Azie Kitchen 

Serunding Ikan dengan pulut kepal..

Image
 Hari ini datang angin rajin,jadi saya masak serunding Ikan dengan pulut kepal.Walau prosesnya lama tapi berbaloi.. Bahan untuk serunding Ikan. 2kg ikan basung / kembung. Rebus dengan asam keping dan sedikit garam.Toskan.Dah sejuk buang tulang. Bahan Kisar. 12-15 biji Cili kering. 5-6 ulas bawang putih. 7-10 biji bawang merah, 1biji bawang besar. 2 inci halia. 2 inci lengkuas. 2 inci kunyit. 4 batang serai. #potong potong dan Kisar halus. 1 biji kelapa parut. #Perah gitu ja,jangan tamba air.Ambil santan pekat sahaja. Air Asam jawa Bahan Kisar ni saya buat Awal awal lagi jadi prosesnya Mudah. Okey Cara memasak. Tumis bahan Kisar sampai pecah minyak.Masukkan Air asam jawa gula dan garam secukup rasa.Masukkan santan pekat kemudian Masukkan isi ikan.Masak sehingga  kering.Saya masak hampir 2jam bagi betul -betul kering. Supaya tidak Mudah rosak. Bahan untuk Pulut. 4cupak beras pulut. 4cupak air.Gunakan cupak yang sama dgn beras. Sedikit garam. #Saya Masak dalam rice Cooker ja.Dah masak bol

Nasi Kerabu kelantan Versi Sabah

Image
 Bila Nasi Kerabu Kelantan orang Sabah yang masak,adalaa ubah suainya... 😋 Rasanya tetap marvellous... Bahan-bahan: Kuah Sambal Tumis 10 cili kering 3 ulas bawang merah 1 biji bawang besar 1/2 labu bawang putih 1/2 inci halia 1/2inci lengkuas 200 gm santan pekat 3 batang serai - ketuk 2 keping asam keping 1 1/2 sudu besar gula 2 sudu kecil garam bukit halus 2 sudu besar budu-saya Tak pakai Minyak masak - agak banyak  Cara cara: Kisar cili, bawang merah,putih dan besar,lengkuas dan halia. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.  Masukkan serai, asam. Bila mendidih masukkan gula. Rasa sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan agak pekat.Tutup api.  Bahan-bahan: Sambal ikan 1 biji kelapa parut - goreng dengan api perlahan supaya tidak keperangan. Tumbuk kasar. 7 ekor ikan selayang - dia suu rebus tapi saya goreng ikan tu,jangan garing la. ambil isinya ja

Daging goreng cendawan

Image
 Bahan-bahannya: 1/2 kg Daging. 1batang selery. 2biji cili hijau. 1tin cendawan butang. 1batang serai 3ulas bawang putih. 2tangkai daun kari. 3sudu makan cili kisar. 4sudu makan sos tiram. 3sudu makan sos cili. 3sudu makan sos tomato. Serbuk ketumbar,jintan Manis,jintan putih. Rempah 4sekawan. #Rebus Daging dan hiris. Goreng manja. #Tumis rempah 4 sekawan bersama daun kari,Masukkan cili kisar sampai pecah minyak.Masukkan serbuk jintan Manis,putih dan ketumbar.Barulah Masukkan serai yang telah dititik.Masukkan sos tiram,cili dan tomato.Tambah sedikit gula dan serbuk perasa. #Masukan cendawan,selery dan cili hijau. #Masukkan daging goreng.Gaul sehingga Daging bersalut dengan sambal.Masykan daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan.Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Ayam Sambal Pedas

Image
 Resepi ini saya olah sendiri apa Adanya Bahan di dapur saya.Biasanya saya akan masak sambal terlebih dahulu Dan simpan dalam peti ais.Begitu juga bumbu untuk sup.Boleh digunakan untuk tumis sayur atau masak lauk lain.Macam pes segera.Multifungsi,Mudah dan cepat. Bahan-bahan untuk ayam masak sambal 1/2 ekor Ayam,potong ikut suka.Nak isi sahaja atau dengan tulang sekali.Ikut suka hati.Perap dengan serbuk kunyit,ketumbar,jintan Manis Dan jintan putih.Nak letak garam dan perasa boleh Tak nak letak pun Tak pa. 1biji telur.Masukkan dalam perapan ayam supaya ayam elok bersalut tepung. Goreng Dan ketepikan. Bahan untuk sos pedas.. #1 Genggam cili kering kerinting.Kurangkan Jika Tak nak pedas dan  campur dengan cili kering yg Tak pedas tu. #1inc halia #1inc lengkuas #3ulas Bawang putih #4biji bawang merah #1biji bawang besar. #1batang serai. #bland sampai halus. Kicap Manis,sos tiram,asam jawa,gula garam,daun ketumbar dan sedikit bijan putih. ----Tumis Bahan bland sampai Naik minyak,Masukkan g

Sambal Daging Cili Padi

Image
 Sambal daging cili api campur kacang panjang.. Resepinya..  1 kg Daging.Di rebus kemudian di hiris nipis. Gaul bersama serbuk kunyit serta garam, kemudian goreng manja.Ketepikan.Jangan goreng terlalu lama nanti keras,Tak sedap. Bahan kisar A 10-15 biji Cili padi 3-4 ulas Bawang  1 biji bawang besar Bhn B 2" halia di hiris 1sudu besar kicap pekat manis 1sudu besar sos tiram 2sudu besar sos tomato 6-8sudu besar sos cili Garam Gula Bahan C Daging yang telah di goreng Kacang Panjang Bahan D Cili besar merah dan hijau di hiris 1 biji bawang besar di hiris ~~ Tumis bahan  yang dikisar (A) hingga pecah minyak, kemudian masukkan bhn B, masak sambalnya hingga agak pekat n naik minyak.Kemudian masukkan daging Dan kacang panjang.Kacau hingga sebati agar bersalut bersama sambal dan akhir sekali masukkan bahan D,cili merah dan hijau,bawang besar. Bila kuahnya  kering dan semua sudah bersalut sambal tutup api. Siap untuk di hidangan.Senang je kan... Selamat mencuba.

Sotong Bakar Marvellous

Image
 *Resepi Sotong Bakar Dengan Sos Sedap*💖💖 Bahan Sos : Cili kering, Sebiji bawang besar, Seulas bawang putih, Sedikit halia Sebatang serai Sedikit lengkuas Gula , Garam, Serbuk perasa, Limau. Cara – cara : Mula-mula bersihkan sotong,kelar sikit tapi jangan sampai putus.Kemudian dibakar terlebih dahulu. Kemudian blend halus bahan untuk buat sos dan tumis  dengan sedikit minyak sampai pecah minyak. Sos bakar mestilah ada rasa manis, masin Dan masam. Kalau nak pedas tambah sedikit cili padi. Semasa menulis pastikan sentiasa di kacau,sampai pekat,jangan hangit. Sudah pekat, tuang ke atas sotong yang sudah di bakar tadi. Siap.Senang.Mudah Dan Sedap. Selamat mencuba...

Kerabu Seafood Marvellous

Image
  Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke siku...huhuhu....Alang-alang ada bahan ni saya buat pula kerabu Seafoods. Senang Dan sedap pula tu...kena dengan selera. Bahan-bahannya: 5 ekor sotong fresh potong 10 ekor Udang buang kulit dan kepala,tinggalkan ekor. 1 mangkuk kecil isi kerang.  3 bahan ini di rebus sekejap.Didihkan air baru Masukkan sotong,rebus 1minit jangan lama nanti  isi sotong tak kenyal,Tak sedap. Begitu juga dengan udang.Rebus jangan lama. Kerang  rebus sampai cengkerang tu terbuka sendiri Dan ambil isinya. Bahan-bahan lain: 4 biji Tomato   2-3 helai Daun salad/ sepokok daun ketumbar 2 ulas Bawang putih diparut Jika suka 1 labu Bawang besar 2 batang serai  6-8 biji Cili padi,gandakan Jika nak lebih pedas Limau kasturi secukupnya Gula garam secukup rasa Sos ikan, saya pakai sos tiram Sedikit udang kering ,rendam Dan tumbuk  kasari. Caranya, Toskan udang sotong dan isi kerang. Hiris serai,tomato,daun salad, Bawang besar dan cili padi.Masukkan dalam bekas berisi udang

Kerabu kaki ayam

Image
 Kali ini saya nak share Resepi kerabu kaki ayam apa Adanya.Tak ramai pengemar kaki ayam ni..tapi kalau kena dengan selera boleh bertambah tambah nasinya..ok..bahan-bahannya pun cukup Mudah..apa Adanya  je.. Bahan-bahannya. Kaki ayam.Bersihkan Dan rebus. Tomato. Timun.Saya Tak letak  Kacang panjang, saya celur sekejap Bawang besar Cili padi,ikutlah nak pedas macmana Serai potong halus Daun salad.Saya Tukar dgn daun ketumbar,Tak jumpa Kat pasar time tu.. Limau kasturi ,sy Tukar dgn jus limau dlm botol tu Sos ikan,sy pakai sos tiram jer.. Gula Dan garam secukupnya. Cara-caranya... Rebus kaki ayam, Potong bahan lain  Campur adukkan..Masukkan jus limau,gula,garam, cili padi,sos tiram. Gaul semua biar sebati, Sesuaikan rasa ada Manis sikit,masam Dan pedas.. Dah siap...senang jer kan... Oke Selamat mencuba...

Nasi Kerabu

Image
 RESEPI NASI KERABU:- Sambal tumis:- *7-8 ulas bwg merah *4-5 ulas bwg putih *15 tangkai cili kering *sedikit halia 2 cwn santan pekat 1 keping gula melaka saiz kecil 2-3 btg serai 2 keping asam 3 sudu budu (x nak letak pun xpe) Gula & garam secukup rasa 2helai daun limau purut 1-blend semua bhn btanda *..tumis hingga naik bau 2-masukkn sdkt air..santan..asam keping..budu..serai..daun limau..gula & garam secukup rasa...masak hgga pecah minyak. Sambal kelapa:- 7-8 ekor ikan sardin di rebus ambil isinya 1 biji kelapa parut 4-5 btg serai - di hiris halus 6-7 biji bwg merah Sedikit halia 1 keping gula melaka kecik - di tumbuk Garam + gula + serbuk lada hitam secukup rasa 1-goreng kelapa + serai sehingga garing- tumbuk halus 2-tumbuk isi ikan..bwg & halia 3-gaul semua bahan sehingga sebati Sambal cili:- Cili padi..cuka..garam..gula-blend Nasi:- Masak nasi mcm biasa..saya guna setitis pewarna biru..3 btg serai..2 helai daun limau purut..secebis garam... Ikan celup tepung:- 2 cawa